CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Affiliate Program ”Get Money from your Website”
.....................................................................................................................................................................

Friday, March 25, 2011

Nasib Nasib..

Sedih  betul hari nie…
Aku rindu dia sgt2…
Ingatkan malam nie boleh la sembang dgn die…
Tapi……..
Die pulak buat hal…
Dgn kaki aku bengkak coz main futsal td….
Aku bg tau die… Die buat x tau jer…
Sedih gak aku…
Bukan nak tagih simpati…
Tapi sekurang kurangnya tanyer la tentang tue..
Satu atau dua ayat pun dah cukup…
Janji nampak sifat keperihatinan tue
Nie buat x tau jer….

Die ckap die rindu aku…
Ok aku terima…
Aku siap cepat demi nak sembang dgn die…
Tapi bile aku nak ckap dgn die.. die buat mood aku rosak...
Bile aku ckap nak aku bg salam..
Letak fon..
Die x larang langsung pun..
Macm tue ker bile kita rindu kat org..??
Nasib aku kan…??
Nasib nasib…
Sabar  je la…
……

Thursday, March 10, 2011

JANGAN BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA....

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,
 dia ingin tahu kegiatan kamu.


Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga  untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, sering menyanyikan lagu itu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

Orang yang mencintai kamu akn cuba berkawan dgn kawan-kawan kamu walaupun agak sukar untuk die memulakannya, semuanya adalah kerna ingin sentiasa bersama kamu dan cuba memahami kamu sedalam-dalamnya.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu  dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih..


Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Ataumengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terLEMBAB dan terBODOH di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia akan sedaya upaya untuk tidak mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.

Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


Orang yang begitu mencintai kamu, jarang memaksa kamu memberi sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahuinya, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia akan pergi tanpa menyalahkan kamu. kerana dia benar benar mengerti apa itu cinta.

...............


Sunday, March 6, 2011

TIDAK SALAH MENCUBA

“Apabila terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Apabila terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Apabila jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dan dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada... sentiasa ada bersama.”
..........