CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Affiliate Program ”Get Money from your Website”
.....................................................................................................................................................................

Friday, October 7, 2011

SERIBU ERTI PERHUBUNGAN



MALAM kian memanjat usia,
namun mataku masih belum mampu untuk terpejam,
mungkin kerana kerisauan hati yang semakin tidak menentu,
walaupun telah ku paksa agar tenang dan tenteram.

mungkin telah lama laman ini kosong dengan kisah kisah hidupku,
mungkin kerana kehidupan aku kian sempurna dgn kehadiran org disisi,
tapi kali ini laman blogku merintis lagi,
sama seperti hatiku yg kian merintis pedih dan sakit,

jiwaku kosong dimalam yang hening ini,
bila tiada yang sudi menemani aku disaat aku memerlukan,
dan bila tiada siapa yang sudi mendengar rintihan hati,
dan bila diri mula dibenci dan disalah erti,

tak tahu dari mana hendak aku mulakan,
tapi apa yang pasti malam ini menjadi titik permulaan yg baru,
bagi kehidupanku dan juga perjalanan hidupku,
dalam meniti hari-hari yang kian dewasa.

kehadiran dirimu memberi seribu erti buatku,
pemergian dirimu memberi sejuta erti bagiku,
biarpun kehadiran dirimu mungkin sekadar menjenguk keluar,
tapi xkan aku persiakan hidupmu dan waktu bersamamu.

hampir setahun perkenalan kita,
suka duka dikongsi bersama,
bila kau sedih akulah air mata mu,
dan bila kau gembira akulah gelak tawamu,

setiap kemahuan mu,
setiap permintaan mu dariku,
akan ku penuhi tanpa merasa kekesalan,
akan ku turuti tanpa menagih balasan,

memenuhi permintaan dan mahumu,
adalah tanggungjawabku,
melayan karenah dan nakalmu,
adalah rutin harianku,
kerana dikau insan yang teristimewa buatku.

ketahuilah,tak pernah telintas difikiranku,
bahawa dikau menjadi menghalang kehidupanku,
bahawa dikau adalah penyekat kebebasanku,
dan bahawa dikau sering meyusahkanku.

aku gembira bila engkau meminta minta padaku,
aku bahagia bila engkau mengarapkanku,
aku selesa bila engkau meminta aku membantumu,
kerana itu memberitahu aku betapa pentingnya diriku kepada dirimu.

maafkan aku sekiranya aku tak mampu menjadi yang terbaik untuk dirimu,
maafkan aku sekiranya aku tak mampu menjadi yang sempurna buatmu,
maafkan aku sekiranya aku sering melukakan hatimu,
dan maafkan aku sekiranya aku bukan sesiapa untukmu,

bukan niatku menyakiti hatimu,
bukan mahuku memarahimu,
bukan pintaku melukai hatimu,
dan bukan sengajaku mengaibkanmu,

aku cuma insan biasa,
yang tak mampu menjadi sempurna,
biarpun setelah sekian kali aku mencuba,
dan sejuta kali aku memaksa,

(tempias hujan jernih mulai terasa)

jarum jam kian berdetik,
bulan semakin hanyut dilambai sang barat,
bintang pula semakin kian memaksa diri,
namun diriku masih terpaku kosong tidak beerti,

ku memandang ke langit hitam,
dan menadah tangan menagih simpati,
dari pencipta langit dan bumi,
agar diperkukuhkan ikatan ini,
sehingga ke denyutan nadi yang terakhir,

ketahuilah dikau insan yang teristimewa,
tiada yang kedua tiada yang ketiga,
bagiku kaulah segalanya,
dan ku harap bagimu diriku begitu juga,
yang sentiasa inginkan diriku dalam meniti hari harimu.
........