CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Affiliate Program ”Get Money from your Website”
.....................................................................................................................................................................

Thursday, December 9, 2010

MINAT, SUKA, SAYANG, & CINTA

..CINTA..
 Kita sangat mengharapkan dia akan menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. Dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi... Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakanya dengan sepenuh jiwa dan hati yg ikhlas. (walaupun dia buat tak tau je)

..SAYANG..
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

..SUKA..
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita)

..MINAT..
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…
.............
(^_^)

Sunday, December 5, 2010

TENTANG DIA

(Adaptasi dari kisah benar)

DIA  mula berjalan merentasi denai
denai yang penuh duri dan ranjau
ada masa kakinya tertusuk sembilu
ada masa kakinya tercium batu
namun perjalanan tetap di teruskan
demi mencari sesuatu yang menggembirakan

DIA terhenti di bawah sepohon pokok
tertarik melihat keindahan sekaki cendawan
kerana keindahan akan cendawan tersebut
diambilnya untuk dijadikan santapan
keinginan mengatasi segalanya
walaupun diketahui cendawan itu berbisa.

DIA bisa yang menembusi hatinya
Mengundang kepedihan yang mendalam
kedengaran sayup bunyi tangisan
tangisan halus yg tiada berteman.
…………..
DIA meneruskan perjalanan
terlihat keindahan kebun pisang
kebun pisang yg baru selesai berbuah
di mana buahnya telah gugur menyembah bumi

DIA  di jalanan lewat seminggu kemudian
sekali lagi melewati kebun pisang
yang pernah dia lalui suatu ketika dulu
kini kebun pisang tersebut dipenuhi buah
buah yang berbeza pada pohon yg sama
dia hanya mampu tersenyum
senyuman yang penuh bermakna..

DIA kini sudah tiada hala tujuan
hidupnya ibarat melukut di tepi gantang
bagai bahtera tanpa kemudi
bagaikan roda yang tidak berputar
dan rayuan gembala tiada terdengar

DIA setiap laluan yang  dilalui merupakan jalan yg pernah dilewati
tertanggung lagi saki sakit bisa di hati
disaksikan malam menjadi ingatan dan pedoman
yang dihujani dengan beban kesunyian
serta maya yg kemurungan
di dalam kesedihan
……….

(Cerita ini diceritakan melalui perumpamaan dan simbolik)
P/s; terima kasih kepada yang menjadi menjadi buah fikiran dan penyumbang kpd cerita "DIA"..
Selamat mencuba untuk memahami isi kandungan cerita ini....                                    

Thursday, December 2, 2010

ANTARA 'KAWAN' DAN 'SAHABAT'

kawan dan sahabat..
ianya bukan sekadar dari perbezaan ejaan...
terlalu banyak perbezaan disebalik kedua dua patah perkataan ini.

kawan,,
ramai dan senang dijumpai..
kita berkenalan kat tepi jalan pun kita boleh panggil die kawan..
kita boleh lepak, sembang 'hu ha hu ha' dgn golongan nie
jarang kita serius dgn diorg
kita jugak masih boleh bermasam muka dgn diorg
maybe sampai bergaduh dan tak bertegur sapa..
kawan akan tolong kita dan nampak macam ikhlas
tapi dalam hati diorg masih mengharapkan pembalasan
kawan jugak x rasa ape bila kawan dia dicaci , dimaki
dikutuk dan dikeji..
dia x rasa bersalah, bahkan boleh tolong kutuk kan skali..
huhuhuhu..
itu lah yang kita panggil
"KAWAN"
...................

sahabat..
panjang kalu aku nak critakan semunya
korang pun malas nak bace kan..
tapi apa yg pasti..
seorg sahabat akan menjaga kebajikan sahabat dia
menjaga keaiban sahabat dia.
tempat dia mengadu masalah
dan sahabat dia sebolehnye tolong selesaikan..
x mengharapkan balasan bila hulurkan bantuan.
sedia kongsi suka dan duka.
pendek kate semua tentang kita dia tahu dan semua tentang dia kita tahu..
panjang lg..
tapi yg lain rasenye korang semua pun boleh fikir kan...
huhuhuhu
.........

itulah bezanya antara kawan dan sahabat
terlalu byk..
so jgn jgn brani ckap yg kamu sahabat baik dia
kalau kamu x mampu menjaga hati dan keaiban die..
(^_^)
..........



Wednesday, December 1, 2010

BERPALING DARI FITRAH

Suatu  petang yg dingin..
sewaktu tarikh lahirnya tiba
Dia terpaksa akur dengan penglihatannya
Tanpa dapat dihalang
Tanpa dapat ditahan
Dia melihat kekejaman
Insan bergelar wanita
Yang selama ini disayangi sepenuh jiwanya
itulah hadiah terakhir
sewaktu bersama 'nya'

Setelah kejadian itu
Bermulalah sebuah kehidupan yang menghambarkan
Dia mula membenci insan bergelar wanita
Kepercayaannya terhadap golongan itu telah lupus sehabisnya
Menyebabkan dia lari dari fitrah manusia

Tiada lagi insan bergelar wanita yg singgah dihatinya
Kerana dia tidak sama skali  membenarkannya
Hatinya telah berpaling sepenuhnya
........................

wahai ciptaan terindah
Bergelar wanita
Kuasa mu mampu menggoncang dunia
Janganlah disalah gunakan
Kerana ianya juga mampu mengubah fitrah manusia
........