CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Affiliate Program ”Get Money from your Website”
.....................................................................................................................................................................

Wednesday, December 1, 2010

BERPALING DARI FITRAH

Suatu  petang yg dingin..
sewaktu tarikh lahirnya tiba
Dia terpaksa akur dengan penglihatannya
Tanpa dapat dihalang
Tanpa dapat ditahan
Dia melihat kekejaman
Insan bergelar wanita
Yang selama ini disayangi sepenuh jiwanya
itulah hadiah terakhir
sewaktu bersama 'nya'

Setelah kejadian itu
Bermulalah sebuah kehidupan yang menghambarkan
Dia mula membenci insan bergelar wanita
Kepercayaannya terhadap golongan itu telah lupus sehabisnya
Menyebabkan dia lari dari fitrah manusia

Tiada lagi insan bergelar wanita yg singgah dihatinya
Kerana dia tidak sama skali  membenarkannya
Hatinya telah berpaling sepenuhnya
........................

wahai ciptaan terindah
Bergelar wanita
Kuasa mu mampu menggoncang dunia
Janganlah disalah gunakan
Kerana ianya juga mampu mengubah fitrah manusia
........


0 comments: