CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Affiliate Program ”Get Money from your Website”
.....................................................................................................................................................................

Friday, December 20, 2013

SISA SISA HIDUP KU DI UUM YANG KURANG DARI 23 HARI LAGI...

19.12.13 merupakan hari  terakhir secara rasminya tamat kelas aku sepanjang pembelajaran di UUM. Kelas terakhirku  tadi adalah pada jam 3.30 - 5.00 petang dan merupakan waktu kelas yang terakhir untuk UUM pada semesta ini.. Walaupun pada hakikatnya masih ada presentation yang masih belum selesai.
Aku memilih untuk berjalan kaki pulang dari kelas di DKG 6/5 ke DPP kesayangan ku tradewinds walaupun ada rakan yang menawarkan agar menumpang beliau pulang. Aku tetap menolaknya atas alasan ingin menghayati hari2 terakhirku di UUM.

Pada hari ini aku melangkah pulang dengan perlahan sambil menghayati panorama sekitar Universiti Utara Malaysia.. Cantik, memang cantik... pemandangan di UUM memang cantik & menggamit seribu satu kenangan sepanjang hampir 4 tahun aku menuntut disini. Aku menarik hela yang panjang dan menghayati bau bauan hutan yang penuh kedamaian mengimbau kembali kenangan tahun setengah yang lepas ketika aku mula mula menjejak kaki  ke UUM. Saat itu dunia UUM begitu asing bagi ku, mendaftar seorang diri tanpa ditemani ibu mahupun bapa.. Saat itu hatiku merasa sedikit luruh melihat anak2 lain ditemani ibubapa dan keluarga mendaftarkan diri dengan penuh riang tawa. Namun begitu aku tetap tidak putus asa..

Jam ditelefon bimbitku sudah menunjukkan pukul 5.14 minit petang, cuaca baik, mendung dan matahari kejinggaan di ufuk timur sambil diselimuti dengan awan yang nipis. Aku terdengar angin bertiup halus ditelingaku smbil mengeluarkan sedikit bunyian yang mendamaikan perasaan. Ya, keadaan pada petang ini berangin dan tenang tanpa bunyi bunyian asing yang menggaggu gegendang telingaku. Bagi ku UUM adalah suatu tempat yang sesuai untuk menuntut ilmu dengan tenang, selain dikelilingi hutan rimba dan gunung ganang, jauh dari keruihan kota, jauh dari pencemaran habuk yang menyakitkan mata, UUM juga kaya dengan rimbunan pohon yang indah dan menutupi lorong pejalan kaki bagaikan payung payung  yang memayungi insan dari bahang mentari walaupun pada ketika ini adalah musim luruh. Aku mengeluarkan telefon bimbit usang yang usianya hampir 4 tahun dan mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan, kenangan yang aku tahu tak mungkin dapat aku kembalikan.

Tanpa jemu meredupkan mahkluk yang bergelar INSAN
Laluan pejalan kaki yang mendamaikan..
Redup...


Mataku terpaku pada 2 orang insan yang mungkin sepasang kekasih bergambar di kawasan burung unta, setelah berfikir sejenak, aku mula memikirkan kepelbagaian haiwan yang wujud di UUM bagaikan di zoo yang begitu meriah. Disini aku melihat kuda, burung unta, rusa, monyet, kera, biawak yg besar, ular, khinzir disamping beberapa unggas yang lain. Aku tidak ketinggalan merakam beberapa kenangan haiwan yang bergelar burung unta itu, sungguh panjang lehernya, tapi sayang aku x mampu memegangnya dan hanya melihat dari kejauhan nun diseberang sungai.

Burung unta nun diseberang sana..

Aku terus melangkah perlahan, sambil terus menghayati keadaan sekeling, hari ini tidak begitu ramai pelajar yang berpeleseran ke kelas mahupun pulang dari kelas, mungkin kerana banyak kelas yang sudah tamat pengajiannya kerana hari ini adalah hari terakhir minggu pembelajaran. "Ahh' tidak mengapalah, aku lebih sukakan keadaan yang damai seperti ini" bisik hati kecilku.
Bersambung.......................